Digelar “Manusia Kalkulator”, Remaja Muslim Berusia 14 Tahun Ini Adalah Pensyarah Matematik Termuda Di Universiti Leicester

Jika dilihat pada saiz badan dan wajahnya, pasti ramai yang tidak menyangka dia adalah seorang pensyarah.

Itulah kehebatan seorang insan bernama Yasha Asley, 14, remaja genius yang beragama Islam.

Yasha yang merupakan kanak-kanak terbijak di Britain telah diambil sebagai tenaga pengajar di Universiti Leicester dan ditugaskan untuk mengajar orang dewasa dalam bidang matematik.

Yasha mampu memahami dan menyelesaikan permasalahan matematik dengan mudah.

Bapanya, Moussa Asley, 53, membesarkan anaknya sendiri dan dia sangat kagum dengan kebolehan anaknya itu.

“Saya sangat berbangga melihat dia berkembang maju dan membesar melakukan sesuatu yang dia sangat suka.

”Yasha sangat pintar dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan menerangkannya dengan jelas membuatkan dia sangat sesuai dengan kerja tersebut,” kata bapa Yasha yang gembira dengan pencapaian anaknya itu.

Tugas Yasha adalah untuk mengajar tutorial setiap minggu kepada pelajar dewasa. Beliau merupakan pelajar termuda di universiti tersebut, dan juga pekerja termuda.

About simbloe178 82 Articles
Stories of Life | Kumpulan Kisah Kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*