Gambar Yang Indah Hanyalah Sementara, Hubungan Perkahwinan 8 Selebriti Ini Terkandas Di Tengah Jalan

Khabar terbaru soal kisah cinta selebriti memang selalu dinantikan oleh setiap peminat. Berbagai hal romantis dan juga foto mesra mereka mencuri perhatian orang ramai dan juga media.

Yang indah itu hanyalah sementara, kisah cinta mereka juga mengalami begitu banyak masalah dan halangan. Sayangnya, sepanjang tahun 2017 ini ada begitu banyak pasangan selebriti yang putus mahupun bercerai.

Berikut ini merupakan senarai pasangan selebriti yang hubungannya kandas di tengah jalan. Siapa ya?

1. Erma Fatima & Bade Hj Azmi

Setelah 26 tahun mendirikan rumah tangga pengarah terkenal Bade Azmi melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya pengarah dan pelakon Erma Fatima.

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 53, melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur

2. Hafiz Hamidun & Joy Revfa

Hafiz menceraikan Joy Revfa dengan talak satu pada jam 4.10 petang di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu pada 12 Oktober lalu.

Shukran berkata, talak satu yang dijatuhkan Hafiz adalah talak Ba-in Sughra disebabkan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30 tidak perlu menjalani edah kerana pasangan itu tidak pernah melakukan hubungan kelamin.

Mahkamah juga merekodkan kedua-dua pihak tidak membuat sebarang tuntutan termasuk nafkah tertunggak dan harta sepencarian.

3. Serina Redzuawan & Gavin Edward O’Luanaigh

Tujuh melayari rumah tangga bersama, warga Britain, Salahudin@ Gavin Edward O’luanaigh akhirnya melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Serina Redzuan hari ini.

Lafaz itu dibuat Gavin, 40, jam 10.49 pagi selepas Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Nurul Hidayah Jani membenarkan permohonan cerai tersebut.

4. Esma Daniel & Nitra Sari Omar

Menurut Esma, 48, punca penceraian itu kerana kesibukan bekerja dan jarak yang jauh.

“Ini adalah kali kedua saya gagal dalam perkahwinan dan pastinya ia satu perkara sukar untuk saya terima. Namun, saya perlu akur apabila kami sudah tiada jodoh untuk bersama.

“Bekas isteri kini menetap di Johor Bahru bersama enam anak kami. Saya tak nafikan, jarak yang jauh dan sibuk dengan pekerjaan antara punca perpisahan ini.Jika diikutkan saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya perlu akur bahawa saya adalah golongan artis yang juga milik masyarakat.

“Jika saya terus berdiam diri, lama kelamaan mereka akan bertanya juga dan saya pula bukanlah seseorang yang suka berkongsi semua perkara di laman sosial,” katanya

5. Fatin Afeefa & Adam Shahz

Pelakon Adam Shahz mengakui hasutan pihak luar menjadi punca bekas isterinya, Fatin Afeefa memfailkan cerai terhadapnya pada 15 Mei lalu.

Tidak menyalahkan Fatin, bagaimanapun Adam mengakui dia benar-benar kecewa apabila ada pihak yang dilihat tidak senang melihat kebahagian rumah tangga mereka dan LP LPberselindung di sebalik nama ‘kawan’ bagi menghancurkan perkahwinan dibina itu.

“Apa yang boleh saya katakan pergaulan bekas isteri dengan rakan-rakan antara penyebab kami bercerai apabila ada di antara teman-temannya tidak senang melihat kami bahagia, mula menghasut dan nampaknya cubaan itu berjaya.“Kadang-kadang kita tidak boleh baca apa dalam fikiran orang di sekeliling kita dan apa agenda mereka apabila mendekati kita.

“Tetapi tidak perlulah saya butirkan satu persatu kerana saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini sebaliknya menganggap perceraian ini sebagai sudah tertulis untuk kami berdua,”

6. Zarina Anjoulie & Pengiran Mohd Ilham Syazwan

pelakon Zarina Anjoulie akhirnya mengakui beliau sudah bercerai dengan bekas suaminya Pengiran Mohd Ilham Syazwan, seorang warga Brunei pada 18 Disember 2016 secara baik, kerana tidak wujud persefahaman lagi antara mereka berdua.

Selepas mengenalinya selama empat bulan, bekas suami datang berjumpa saya dan kami buat keputusan untuk berkahwin. Bagaimanapun kebahagiaan hanya dikecapi selama setahun lima bulan saja dan selepas itu rumah tangga kami mula bergolak.

Faktor penceraian saya disebabkan usia bekas suami yang terlalu muda ketika berkahwin. Selepas mendapat anak, keretakan rumah tangga kami sukar dibendung dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami.Saya sebenarnya mengharapkan yang terbaik daripada perkahwinan ini tetapi apakan daya jodoh saya tak kekal lama.

7. Dira Abu Zahar & Helmi Yusof

Pelakon dan pengarah Dira Abu Zahar berkata status ibu tunggal yang dilalui buat kali kedua langsung tidak memberikan tekanan atau kesulitan dalam kehidupannya kini.

Malah, pelakon berusia 33 tahun ini mengakui, rutin seharian sama ada untuk urusan peribadi atau kerja berjalan lancar seperti sedia kala.“Rasanya tiada apa nak ulas lanjut tentang perceraian saya. Semua pun sudah tahu. Malah, kami pun berpisah secara baik, tidak bergaduh atau bermusuhan.

“Saya masih kekal bersahabat baik dengan bekas suami (pengarah Helmi Yusof). Malah, hubungan saya dengan bekas suami pertama (Ash Bau) pun baik. Jadi kehidupan saya sekarang berjalan dengan lancar dan stabil.

8. Ezlynn dan Adam Fahmy Shamsuddin

Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn dan suami, Adam Fahmy sah bercerai talak satu, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.Adam Fahmy Shamsuddin, 38, melafazkan cerai terhadap Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, di hadapan Hakim syarie Noorbyetty Nasir pada jam 10.30 pagi..

Sumber : mediaohsem

About simbloe178 86 Articles
Stories of Life | Kumpulan Kisah Kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*