Inilah Cara Hasilkan Cincau Secara Homemade. Sangat Mudah Dan Pastinya Lebih Suci Dan Bersih

Selama ni, admin ingatkan cincau ni dihasilkan dari agar-agar. Rupanya herba yang mampu menyejukkan badan ni dihasilkan dari pokok cincau. Pokok cincau ni pula, ada dua jenis iaitu pokok cincau hitam dan pokok cincau hijau.

Pokok cincau hitam

Jika tiada pokok cincau, herba ini boleh dibeli di kedai-kedai ubat cina. Hanya menggunakan tiga bahan asas, anda mampu hasilkan sendiri di rumah. Mudah je! Bagi yang ingin cuba buat cincau secara homemade, boleh cuba resipi di bawah ini. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:

Daun cincau kering ( boleh didapati di kedai-kedai ubat cina. Beli anggaran RM5)

1500ml air

4 sudu makan tepung ubi kayu ( bancuh dengan sedikit air)

CARA MEMASAK:

1.Rendam daun cincau dengan 1500 ml air dalam periuk selama 30 minit. Daun cincau boleh beli dari kedai ubat cina (rm5) .

2.Rebus daun cincau selama 40 minit lepas tu tapis untuk asingkan daun.

3. Bancuh 4 sudu besar tepung ubi kayu dengan sedikit air biasa dan masukkan dalam periuk. Kacau selama 15 minit. Angkat dan biarkan seketika.

4. Tuang adunan ke dalam bekas. Bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk.

5.Sedia untuk dinikmati.

About simbloe178 86 Articles
Stories of Life | Kumpulan Kisah Kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*