Pokok Pisang Terbesar Di Dunia Ditemui

Indonesia menjadi salah satu Negara yang mempunyai pokok pisang terbesar di dunia, namun tidak ramai yang mengetahui kewujudan pohon tersebut, bahkan warga pribumi sendiri.

Pohon pisang besar ini tumbuh di daratan pedalaman Papua, tempatnya di Arfak – Papua bahagian barat. Tumbuhan ini mempunyai ketinggian batang yang boleh mencapai ketinggian 25 meter dan mempunyai diameter batang kira-kira 2 meter.

Diameter pokok pisang gergasi di Papua bersamaan dengan sekitar dua pelukan orang dewasa. Daun pisang sendiri mempunyai panjang kira-kira 5 meter dengan lebar daun kira-kira 1.60 meter. Satu daun boleh membungkus beratus-ratus nasi lemak.

Pada pendapat orang-orang Papua, terutama mereka yang tinggal di Kabupaten Fakfak, mereka dapat melihat pohon pisang super dari tepi jalan kerana ketinggian pokok melonjak ke atas.

Warga setempat mengelarkan pokok pisang besar ini dengan ungkapan Weyya, begitulah gelaran warga setempat terhadap pohon pisang tersebut.

Pisang raksasa atau giant banana papua pisang tersebut memiliki nama lain yaitu Pisang Musa Ingens, pertama kali ditemukan di daratan tinggi Papua oleh Jeff Daniells pada tahun 11989. Pokok pisang raksasa ini hidup di dataran tinggi yang memiliki ketinggian antara 1000 sampai dengan 2000 meter diatas permukaan laut

Pokok pisang ini sekali buah dalam satu pokok boleh menimbang sehingga 30 kg – 60 kg dengan ketinggian pokok boleh mencapai saiz 20 meter dan pisang besar boleh mencapai saiz bayi manusia.

Sehingga kini pokok pisang telah menjadi pokok pisang terbesar di dunia.

About simbloe178 82 Articles
Stories of Life | Kumpulan Kisah Kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*