Ramai Remaja Sekarang Trend Minum Air Rebusan Tuala Wanita

Kalau remaja sekarang fikir ambil ddh atau minum ark sampai mab0 k tu cool… korang salah sebab korang mungkin kalah dengan trend terbaru daripada Indonesia ini.

Menurut Malaysiakini, ada ketagihn baru yang dikesan dalam kalangan remaja Jakarta dan bandar sekitarnya iaitu dengan meminum air daripada tuala wanita! Euwww yekkk!

Minum air rebusan ‘tuala’ untuk rasa fly, tenang dan gembira

Kes penagihan air rebusan tuala wanita yang dikesan di Jakarta, Bogor, Bekasi, Depok dan Tangerang ini sebenarnya berasal daripada rasa ingin tahu sesetengah remaja. Hasil penemuan kesan ‘puas’ itulah yang membuatkan trend ini jadi viral kepada remaja lain.

“Mereka mencari bahan alternatif yang dapat membuat mereka fly, tenang atau gembira,” kata Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, Sitty Hikmawatty.

Minum air rebusan boleh sebabkan kesan kimia pada mata dan badan

Disebabkan idea minum rebusan ‘tuala’ ni kebabom sangat, penyelidik Institut Teknologi Bandung Yessi Permana sampai terkejut bila dapat tahu kegemaran terbaru remaja kat Indonesia ni.

Kata Yessi Permana, bukan isu mab0k yang buat dia bimbang tapi air rebusan ni sebenarnya sangat berbahaya sebab mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh beri kesan kepada mata dan butiran polimer penyerap cecair yang bahaya kepada badan kita.

Aduhai apalah korang ni macam-macam trend pelik sampai nak minum air rebusan tuala bagai… Karang kalau skit, siapa yang susah?

Sumber : indahnyaislam

About simbloe178 82 Articles
Stories of Life | Kumpulan Kisah Kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*