Resepi Paling Padu Jagung Cheese Leleh Lemak Berkrim, Rugi Tak Cuba

Sedapnya makan jagung musim-musim hujan ni. Muak dah makan kek, ayam, kek, ayam. Nak cuba menu ala-ala sihat tak berapa nak sihat pulak lah. Kita masak jagung cheese leleh!

Tengok gambar kat bawah ni je dah sedap, apatah lagi rasanya sendiri. Tak sabar nak cuba ke? Kami kongsi resepi ‘gila’ padu daripada Cik Siti Nabilah Jamaluddin untuk korang cuba. Mari tengok bahan-bahan yang diperlukan seperti dibawah.

Bahan-bahan:

4 tongkol jagung
1 tin susu cair (saya guna fresh milk Dutch lady)
2 sudu besar susu pekat (kalau nak manis bole tambah lagi)

2 sudu besar planta /buttercup
Garam
Lada sulah
4 keeping Cheddar

Caranya mudah ya amat:

Masukkan semua bahan dalam periuk biar mendidih siap nak wngi letak daun pandan. Siap!

Info tambahan, Ubi, jagung laris di Kelantan ketika tengkujuh. 

TANAH MERAH – Pelbagai jenis ubi serta jagung menjadi makanan popular pada musim tengkujuh bagi masyarakat negeri Kelantan.

Malah, makanan tersebut menjadi punca pendapatan sampingan kepada sesetengah masyarakat di negeri ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

Seorang peniaga, Zam Zulfadli Kamarulzaman, 22, berkata, keluarganya menjual pelbagai jenis ubi pada musim tengkujuh sejak 10 tahun lalu kerana ia mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat untuk dijadikan makanan sampingan.

“Setiap hari saya mampu memperoleh hasil jualan RM200 sehingga RM300,” katanya ketika ditemui Bernama di gerainya di Kampung Paloh di sini, hari ini.

Tinjauan Bernama di kampung tersebut yang terletak berdekatan Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, mendapati hampir 20 gerai menjual pelbagai jenis ubi dengan harga serendah RM3 sehingga RM6 sekilogram selain turut menjual jagung dengan harga RM1 setongkol.

Zam Zulfadli berkata, ubi yang paling mendapat sambutan ialah ubi kayu kerana ia sinonim dengan musim tengkujuh dan biasa direbus serta dimakan dengan kelapa.

“Selain ubi turut mendapat sambutan pada musim ini ialah labu madu untuk dijadikan hidangan tambahan pada masakan selain sebagai pencuci mulut.

“Bekalan pelbagai jenis ubi ini saya peroleh daripada penduduk setempat dan tanam sendiri di tanah seluas 1 ekar terletak di belakang rumah saya,” katanya.

Peniaga jagung, Kamariah Ismail, 53, berkata, jualan jagungnya turut mendapat sambutan pada musim ini berbanding pada hari kebiasaan.

“Pada musim ini saya mampu menjual sebanyak 100 sehingga 200 tongkol jagung sehari dengan harga RM1 berbanding hari biasa yang hanya mampu jual sebanyak 50 tongkol jagung,” katanya.

About simbloe178 82 Articles
Stories of Life | Kumpulan Kisah Kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*